Mission Complete.




Assalamualaikum. *tiup habuk*


So setelah sekian lama tak hiraukan blog yang sudah usang ni, akhirnya cari, perah otak semua boleh jugak sign in balik. Well sebenarnya post yang dah lama-lama tu semua aku dah padam. Alhamdulillah masih diberi ruang untuk bernafas, untuk membaiki kesilapan, untuk menambah amal baik dan untuk tunduk padanya. InsyaAllah. Idek why tiba-tiba rasa rindu untuk berblogging balik.

Jadi pada sebelah pagi 5 jun hari tu, tiba-tiba tak jadi nak pergi zee town dengan my cousin, Wahida atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan. Jadi sebagai penawar hati yang tengah luka berdarah ranah masa tu, kitorang pun plan lah nak pergi restoran tempat my sister, Meqty bekerja, pergi jalan kaki sambil tengok tengok keindahan pantai. Kebetulan haritu ada my niece kat rumah, ajak dia sekali. Tujuan: senang untuk disuruh-suruh lol *evil laugh*

Start memulakan misi dalam pukul 330 macam tu. Lalu ikut pantai dan agak letih, rasa macam "tak mungkin sampai ni..pengsan dulu" sebab kitorang berjalan atas pasir pantai. 


The view of the beach subhanallah.

Masa tengah jalan-jalan tu jumpalah sejenis makhluk ni tak tahu nama apa, lebih kurang rumpai laut/ apai-apai/ jellyfish macam tu ah. Ui sangat menggelikan dan aku masih sempat untuk menangkap gambar bersamanya.


That pink flat shoes is me and the other one is my cousin.


Kitorang juga berjumpa kanak-kanak cilik yang bermain pasir sewaktu hari sudah mahu hujan. Mereka melihat kami berjalan dengan pandangan kosong/blur. Melihat anak anak tersebut, terdetik hatiku untuk mengambil gambar bersamanya malangnya mereka masih buat muka tak tahu. Then i told my cousin untuk act konon tengah bercakap dengan diorang. Meskipun begitu mereka tetap menunjukkan wajah innocent.


She acts like she's close with the children omg please


Seperti yang sudah dijangka, hari hujan dan kitorang memang takde clue langsung nak berhenti rehat kat mana. Cari pokok yang besar besar sikit pun tak jumpa. Last last pergi dekat rumah orang konon datang nak melawat padahal nak tumpang berteduh hahaha. Dalam 7 minit macam tu agak agak hujan dah macam serik sikit, sambung balik mission. dan tu tak sampai 2 minit hujan lebat balik, pastu buat buat pergi kedai nak beli makanan padehel tak beli pun. Lebih kurang 10 minit kemudian sambung balik. Kali ni ikut laluan jalan raya.


No matter what happen, mission must go on.


Finally sampai jugak ke destinasi tempat yang dituju. Sebelum tu, cari my kakak dulu sebab nak suruh dia ambik order dan bayar sekali. Lol setelah gossip gossip dan bersuka ria macam dah 53496722++ tahun tak jumpa, makanan sampai dan sumpah kitorang makan dengan begitu lahap sekali tanpa peduli orang sekeliling. Lapar gila weh masa tu.


yay happy that finally we completed the mission.


My sister is carrying out her duties.


Jam menunjukkan pukul 545 petang kebetulan rumah my auntie dekat so singgah untuk solat asar and rehat rehat kejap. Nak tak nak terpaksa meredah pantai sekali lagi. My kak nah (pashmina) pun dah tak berapa nak betul, lantak ah dah letih gila ni, mission: asal sampai je. So yeah letih letih pun boleh lagi ambil gambar konon nak buat gaya zig zag tapi tak jadi pun hahaha


Push and pull Whats your problem bro?!


major love. *vomit*


back from the restaurent and feeling happy. 


15 minit berjalan kaki kegembiraan (sebab dah kenyang) dan akhirnya sampai. Tak cakap banyak terus pergi solat kejar masa sebab dah pukul 600 lebih. Rehat rehat dulu kacau kacau my little cousins. Kebetulan masa tu dah dekat azan maghrib. Terus je langsai kat situ dan suruh my other kakak datang ambik. Letih gila woi tak mungkin ah jalan kaki lagi balik rumah.


Example essay year 6.


I'm all tired at this moment.


So this is all for the first post, i'll be back for the next post. thanks for visiting (: x


Pantai Rhu Renggeh's beach, so peaceful.